Tentang Kami

Berhala Anime adalah sebuah kumpulan nasyid yang gagal menyertai dalam mana-mana pertandingan nyanyian berikutan penurunan drastik peminat-peminat dari Malaysia yang lebih gemar mendengar lagu-lagu asyik dari Indonesia. Dianggotai oleh beberapa anak tempatan yang beralih arah kepada minat terhadap animasi Jepun. Mereka adalah Mahathir, Pak Lah dan Najib. Bagaimanapun Mahathir telah pun meninggalkan kumpulan ini kerana terdapat perselisihan faham antara beliau dan kumpulan ini (ilham tentang minat terhadap Jepun adalah daripada beliau sebenarnya). Dengan hanya dua ahli sahaja yang tinggal, Pak Lah dan Najib tekad meneruskan kumpulan ini. Najib telah membangkitkan ilham untuk membuat sarikata Bahasa Melayu terhadap animasi Jepun yang disukai mereka. Bermula semalam iaitu 6hb April 2009, maka mesyuarat 3 minit yang berlangsung dalam laman borak #berhalaanime di pelayan Rizon telah pun menetapkan bahawa Berhala Anime akan memulakan tugas mereka untuk membuat sarikata terhadap animasi-animasi Jepun yang menggunakan bahasa bulan.

Najib – Perdana Menteri Malaysia keenam yang baru dilantik. Biarpun berhadapan dengan tugas-tugas yang susah lagi mencabar (serta ancaman dari belakang oleh Anwar), beliau tetap berdedikasi dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan juga peminat animasi Jepun. Beliau bertugas sebagai editor dan enkoder dalam Berhala Anime.

Pak Lah – Bekas Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja menyerahkan jawatan kepada Najib kerana penat. Berikutan ini, beliau mempunyai masa untuk menonton koleksi-koleksi animasi Jepun yang telah dimuat turun melalui capaian Internet paling pantas selama beberapa tahun ini. Biarpun kini sudah tiada bebanan dari rakyat, beliau tetap meneruskan usaha di Berhala Anime sebagai penterjemah.


5 Respons to “Tentang Kami”

  1. apa ini?

  2. Arghh, sakit perut aku gelak.

    @Eccen : Celaka ko.

  3. Saya h3nshin_h3r03s dari Ct3-fansubs ~ If anything kitorg boleh membantu… We can help ^_^… Lagi baik untuk saling membantu antara sesama fansub melayu… Hu hu hu

  4. @h3nshin: Boleh saja lol

  5. giler ar,

    aku tatau nak tepuk dahi ke nak gelak tgk korang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: